
Kalau ada perkataan yg adik x faham maksudnya..boleh la rujuk kat sini ye:)
TEMA 1 : SAYANGI DIRI
- Berbudi Pekerti:
Mempunyai kelakuan yang baik.
- Beradab:
Bersopan dan berbudi bahasa
- Disiplin diri:
Kebolehan mengawal diri dan patuh pada tatatertib.
- Bilik Khas:
Tempat yang dikhususkan untuk sesuatu perkara.
- Sisa:
Apa-apa yang tertinggal setelah digunakan.
- Jemaah:
Kumpulan orang yang beribadat.
- Aurat:
Bahagian tubuh yang wajib ditutup(menurut hukum Islam).
- Panduan:
Petunjuk.
- Berhemat:
Tidak membazir.
- Ibarat:
Umpama
- Origami:
Seni lipatan daripada kertas yang berasal dari negara Jepun.
- Waktu senggang:
Waktu terluang yang singkat.
TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA
- Sepupu:
Anak kepada bapa saudara atau ibu saudara.
- Riadah:
Senaman,gerak,badan dan rekreasi.
- Alternatif:
Satu pilihan antara dua atau lebih kemungkinan.
- Anak tunggal:
Satu-satunya anak dalam keluarga.
TEMA 3 : HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT
- Restu:
Berkat
- Semangat kejiranan:
Kemahuan untuk merapatkan lagu hubungan dengan jiran.
- Profil diri:
Maklumat diri.
- Aktiviti kemasyarakatan:
Kegiatan yang dijalankan dalam satu kelompok manusia untuk tujuan kebaikan.
- Sepakat:
Seia sekata.
- Bermuafakat:
Saling bekerjasama dan bersefahaman antara satu sama lain.
- Muhibah:
Perasaan persahabatan dan kemesraan.
- Senamrobik:
Latihan jasmani atau senaman.
- Rumah terbuka:
Rumah atau tempat yang dikunjungi oleh semua orang pada hari perayaan.
- Notis:
Pemberitahuan atau pengumuman tentang sesuatu aktiviti.
- Perpaduan:
Perhubungan yang baik antara satu sama lain.
- Keakraban:
Pertalian yang sangat erat.
TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA
- Warisan budaya:
Peninggalan cara hidup masyarakat.
- Masyarakat majmuk:
Masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
- Kemangkatan:
Kematian.
- Majlis formal:
Majlis rasmi
- Sunat:
Hukum(dalam agama Islam) yang menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.
- Gelagat:
Tingkah laku dan gerak geri.
- Warga emas:
Golongan tua.
- Adab:
Cara seseorang berkelakuan dalam situasi tertentu.
- Suku kaum:
Sekelompok masyarakat daripada puak yang berlainan.
TEMA 5 : MALAYSIA NEGARAKU
- Persekutuan:
Gabungan negeri-negeri.
- Kerajaan:
Institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
- Kabinet:
Badan pembuat dasar negara.
- Demokrasi berparlimen:
Pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya.
- Raja Berpelembagaan:
Sistem pemerintahan beraja yang tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negara.
- Parlimen:
Badan perundangan yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Dewan Rakyat:
Majlis tertinggi yang menggubal undang-undang.
- Dewan negara:
Majlis tertinggi yang membahaskan undang-undang yang digubal di Dewan Rakyat.
Menggubal:
- Mahkamah Persekutuan:
Mahkamah tertinggi di Malaysia.
- Mahkamah Tinggi:
Mahkamah yang membicarakan kes awam yang tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Rendah.
- Mahkamah Rendah:
Mahkamah yang membicarakan kes-kes awam dan jenayah yang kecil.
- Kegiatan ekonomi:
Aktiviti yang dijalankan untuk memperoleh pendapatan.
- Akronim:
Singkatan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama.
- Suruhanjaya pilihan raya:
Pihak yang mengendalikan pilihan raya.
- Lambang parti:
Tanda pengenalan sesuatu parti.
- Kempen pilihan raya:
Aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan sokongan undi.
- Hari penamaan calon:
Hari mendaftar orang yang dicadangkan menjadi wakil calon pilihan raya.
- Prasarana:
Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas.
- Bahan terpakai:
Bahan yang telah digunakan dan boleh dimanfaatkan semula.
- Dinobat:
Ditabalkan.
- Perlembagaan:
Undang-undang dan peraturan negara yang tertinggi.
- Mentauliahkan:
Melantik.
- Warta kerajaan:
Risalah kerajaan untuk menyiarkan sesuatu pemberitahuan.
- Tahlil:
Majlis memuji kebesaran Tuhan(bagi penganut agama Islam)
- Warga istimewa:
Golongan kurang bernasib baik.
- Tembak hormat:
Bedilan untuk memberikan penghormatan kepada sultan.
- Menamakan:
Mencadangkan nama orang untuk memegang sesuatu jawatan
TEMA 6 : SEDIA HADAPI CABARAN
- Intelek:
Kemampuan berfikir
- Kritis:
Menimbangkan sesuatu sama ada baik atau buruk
- Kreatif:
Kebolehan mencipta
- Inovatif:
Menghasilkan sesuatu yang baru
- Penganut:
Pengikut,pemeluk.
- Konflik:
Pertentangan idea atau kepentingan
- Penyelesaian menang-menang :
Keputusan yang menguntungkan kedua-dua pihak.
- Cogan kata:
Ungkapan yang pendek dan mudah diingati.
- Mutu:
Taraf
- Darjat:
Kedudukan
- Bestari:
Cerdas,pandai,berpendidikan,berpengetahuan,berbudi pekerti yang baik.
- Jurnal:
Catatan tentang sesuatu peristiwa.
No comments:
Post a Comment