Monday, 17 December 2012

Nota Tema 1 : Sayangi Diri



BIJAK MENGGUNAKAN MASA

Tips ini bertujuan membantu pelajar mengatur jadual secara efektif.
  • Penjadualan Waktu adalah membuat dan melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan mengutamakan pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain.

Pedoman:

~ Perhatikan masa anda.
~ Fikirkankan bagaimana anda mengguna masa anda.
~ Bilakah anda menghabiskan masa anda dengan sia-sia..
~ Ketahuilah masa yang anda produktif.


Dengan mengetahui bagaimana anda menghabiskan waktu dapat
membantu untuk:
  • Membuat daftar “Tugasan”. Tulislah perkara-perkara yang patut anda lakukan, kemudian tentukan apa yang dilakukan sekarang, apa yang akan dilakukan nanti, apa yang perlu dilakukan oleh orang lain, dan apa yang boleh ditangguh dahulu.


  • Membuat jadual harian/mingguan. Catat temu janji, kelas dan pertemuan pada buku/jadual kronologi. Sentiasa mengetahui jadual untuk tempoh sehari, dan selalu masuk tidur dengan mengetahui anda sudah siap untuk menghadapi hari esok.

  • Merancang jadual yang lebih panjang. Gunakan jadual bulanan supaya anda sentiasa boleh merancang aktiviti anda lebih awal. Jadual ini juga boleh membantu anda merancang waktu lapang anda dengan lebih selesa.

  1. Merancang Jadual Belajar Efektif:
  2. Agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi.
  3. Susun tugas-tugas mengikut keutamaan.
  4. Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau masuk kelas.
  5. Sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas sekolah. Ingatlah bahawa anda mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24 jam.
  6. Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar.
  7. Pilih tempat yang selesa (tidak mengganggu penumpuan) untuk belajar.
  8. Rancangkan juga “deadline”.
  9. Jadualkan waktu belajar anda sebanyak mungkin pada pagi/siang/malam.
  10. Jadualkan ulangkaji tajuk pelajaran mingguan.
  11. Hati-hati, jangan sampai dimainkan oleh jadual anda sendiri

PATUHI PERATURAN

Pelajar perlu memahami maksud patuhi peraturan. Terangkan kepada pelajar kelebihan peraturan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
  • Peraturan dibuat untuk memberi kemudahan kepada semua pihak
  • Kita perlu mematuhi peraturan walaupun ianya nampak terlalu remeh
  • Mematuhi peraturan sedikit sebanyak dapat membentuk disiplin diri
  • Peraturan yang dibuat bukan bertujuan menyusahkan kita
  • Malah dengan mematuhi peraturan , sesuatu perkara itu akan diuruskan dengan baik.
Contoh peraturan yang biasa kita patuhi ialah:

a) peraturan menjimat penggunaan air di tandas awam.

b) peraturan tudak membuat bising di perpustakaan

c) peraturan tidak membuang sampah di merata-rata tempat




BERADAB DI TEMPAT IBADAT

Kita perlu mematuhi dan menghormati tempat ibadat kerana:
  • Merupakan tuntutan agama masing-masing .
  • Supaya tidak mengganggu individu yang sedang beribadat.
  • Ia mencerminkan tingkah laku terpuji.

Contoh tempat ibadat:

i) Masjid – untuk penganut Islam






ii) Tokong – untuk penganut Buddha



iii) Kuil – untuk penganut Hindu



iv) Gereja – untuk penganut Kristian



v) Gurdwara – untuk kaum Sikh





Antara contoh aktiviti yang dijalankan di tempat ibadat ialah:

i) Masjid – sembahyang/solat , kelas agama , ceramah agama , upacara akad nikah , mengaji al-quran .

ii) Tokong – sembahyang , majlis perkahwinan , Sunday School

iii) Kuil – majlis perkahwinan , kelas Thewaram , ceramah agama

iv) Gereja – sembahyang , majlis perkahwinan , Sunday Class .

v) Peraturan di Gurdwara: – membuka kasut sebelum masuk ke Gurdwara – berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di tempat ibadat – sujud pada ‘Guru Granth Sahib’ apabila masuk dan sebelum keluar – membersihkan tangan sebelum memegang ‘Guru Granth Sahib’ – Hanya makanan vegetarian dibenarkan dibawa masuk ke Gurdwara.

No comments:

Post a Comment