
Peribadi Terpuji Disanjung Tinggi
Peribadi membawa maksud jati diri manusia yang baik. Antara ciri-ciri peribadi yang mulia ialah:
- Sentiasa bersifat baik dan berbaik sangka terhadap sesama manusia. Yang mana ianya akan menghasilkan amalan yang baik juga.
- Ikhlas kepada Allah di atas setiap amalan yang dikerjakan. Tidak ada sikap takbur, riyak(dalam hati) atau pun menunjuk-nunjuk.
- Saling bantu membantu dalam kerja-kerja kebajikan. Menghapuskan kemungkaran walau dengan apa cara sekali pun demi kebahagiaan dan keamanan manusia sejagat.
- Kasih sayang sesama insan. Membantu mereka yang susah dan yang memerlukan bantuan.
- Ikhlas dalam memberi setiap pertolongan.

Semua orang ingin menjadi baik. Orang yang cemerlang biasanya dilihat berdasarkan peribadinya. Peribadi yang baik bermakna anda mempunyai sifat terpuji seperti benar, amanah dan bijaksana.
Apabila kita mempunyai peribadi yang baik kita akan disanjung tinggi. Rasa harga diri dan penghormatan akan meningkat dan dapat meningkatkan aspek kerohanian dalam diri.
Hasilnya, kita akan yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri.
Agama Membentuk Peribadi Mulia.
Setiap agama menuntut umatnya mengamalkan tingkah laku yang mulia, saling hormat menghormati sesama manusia, berbuat baik sesama insan, ada sifat belas ikhsan sesama manusia dan juga haiwan.

Kepentingan beragama:
Agama akan menjadi garis panduan dan benteng kepada umat manusia sejagat dalam menjalani hidup. Keteguhan agama dalam diri seseorang akan memandu ke arah kebaikan dan mencegah dari segala perbuatan yang mungkar.

Setiap agama juga menuntut umatnya menjaga kesopanan dan maruah diri serta menjauhkan diri segala perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan anugerah Tuhan.

Berhemah tinggi Amalan Mulia
Berhemah tinggi bermaksud beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Antara contoh amaln ialah menjaga tingkahlaku, bersifat mesra dan tidak sombong.

Kepentingan sikap berhemah tinggi:
- Manusia mudah menyesuaikan diri dengan bermasyarakat.
- Manusia tidak bersikap sombong .
- Menimbulkan sikap hormat-menghormati terhadap orang lain.
- Mewujudkan sikap mesra dengan orang lain.
- Hidup lebih aman dan damai.

Cara berhemah berkomunikasi.
Komunikasi bermula apabila satu mesej atau maklumat daripada pengirim dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima yang kemudiannya memberikan maklum balas mesej tersebut.
- Apabila seseorang itu bercakap dengan anda, berikan perhatian sepenuhnya.
- Belajarlah untuk memberi pujian kepada orang yang anda sedang bercakap.
- Bercakaplah dengan lembut dan jangan meninggikan suara.
- Berbincang dan berbahas dengan baik.

Berfikiran Rasional
Rasional bermaksud berfikir secara terbuka dan matang dalam memberkan alasan dan bukti yang nyata, berkeupayaan membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan berkesan berdasarkan ilmu.
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku.
Setiap keputusan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap keputusan perlu dikaji dengan teliti.
Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda.
Usaha berterusan ke arah kecemerlangan

Langkah mencapai kecemerlangan:
- Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya.
- Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda.
- Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda.
- Buat Perancangan.
- Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.
- Tangani Halangan.
Budaya kerja yang cemerlang adalah satu amalan yang perlu ditanamkan dalam diri setiap manusia untuk melahirkan individu yang adil, berdisiplin, betanggungjawab dan disegani oleh setiap individu lain. Ini bermakna matlamat-matlamat dan prestasi seseorang boleh diukur.
Nilai kasih sayang,etika agama dan amalan sopan berbudaya perlu diterapkan sedalam-dalamnya agar anak-anak akan lahir sebagai insan berkualiti yang berdaya tahan.
Hasilnya anak-anak muda dapat menguasai semua kemahiran dalam pelbagai bidang dan tugasan.
PESAN BESTARI
“Saat kau dilahirkan, kau menangis dan orang lain tersenyum. Berjuanglah! Agar di saat kau menghembus nafas terakhir, kau tersenyum dan orang lain menangis”.
[HAMKA]
The mediocre teacher tells.
The good teacher explains.
The superior teacher demonstrates
The great teacher inspires.
{Guru yang biasa memberitahu, guru yang baik memberikan penjelasan,
Guru yang bagus memberikan tunjuk ajar. Guru yang terbaik memberikan inspirasi}
[William Arthur Ward]
Berkata “TIDAK BOLEH” sebelum mencuba, dia telah gagal sebelum berjuang.
Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Abdul Malik Marwan).
No comments:
Post a Comment