Monday, 17 December 2012

Nota Tema 3 :Hidup bersama di sekolah dan masyarakat


 Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah

Peranan guru dan ibu bapa penting untuk bekerjasama membantu dalam menyesuaikan pelajar dengan keadaan persekitaran sekolah. Interaksi dan komunikasi antara komuniti sekolah juga amat penting bagi memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar.

Antara interaksi dan komunikasi di sekolah adalah:

  • Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sebagai saluran komunikasi dan interaksi antara ibubapa dan pihak sekolah- Melalui perjumpaan / mesyuarat PIBG dengan pihak sekolah.
  • Sekolah – Rumah (Guru-Ibu Bapa)
  • Rumah – Sekolah (Ibu Bapa–Guru)
  • Pelajar- Sekolah (Pelajar-Guru)

Impak Kekurangan Jalinan Komunikasi dan Interaksi

  • Komunikasi yang kurang antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan mengakibatkan kekurangan kerjasama antara kedua belah pihak.
  • Kekurangan komunikasi dan interaksi mengakibatkan permasalahan yang dihadapi oleh kedua belah pihak tidak dapat diselesaikan bersama dan seterusnya menyebabkan kedua belah pihak menyalahkan peranan dan tanggungjawab antara satu sama lain.

 Semangat kejiranan

  • Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita.


  • Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”.

  • Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.



 Hidup berharmoni dengan jiran
  1. Anggota jiran yang tinggal di sesuatu tempat perlu berusaha mewujudkan suasana hidup yang harmoni.
  2. Suasana hidup harmoni ini dapat diwujudkan sekiranya setiap anggota jiran menjalinkan hubungan yang baik.
  3. Hubungan yang baik terjalin jika anggota jiran mengamalkan semangat kejiranan
KlikReadmore...


Mengenali keluarga jiran

  1. Setiap anggota jiran mempunyai cara hidup yang berlainan antara satu sama lain
  2. Cara hidup jiran ini berbeza kerana mempunyai latar belakang yang belainan
  3. Jiran -jiran kita mungkin berasal dari negeri yang berbeza , anutan agama yang berbeza, kepercayaan atau kesukaan yang berbeza.
Oleh itu, Sebagai anggota jiran , kita harus memahami cara hidup jiran agar hidup bersama dengan lebih harmoni.

 Menganggap jiran seperti keluarga sendiri
  • Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita selain daripada ahli keluarga.
  • Semangat kejiranan amat penting dipupuk di kalangan anggota masyarakat .
  • Setiap anggota masyarakat perlu mengamalkan amalan hidup berjiran .
  • Amalan hidup berjiran ini dapat mewujudkan suasana hidup yang lebih harmoni.

 Menghormati agama dan budaya jiran
  • Jiran yang berlainan negeri mempunyai dialek bahasa yang tersendiri. Kita harus cuba memahami dialek bahasanya tanpa mempersendakan dialek tersebut.
  • Jiran yang berbeza anutan dan kepercayaan agama mengamalkan cara hidup mengikut ajaran agamanya . Jiran tersebut melakukan perkara – perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara di tegah dalam ajaran agama yang dianuti . Oleh itu, sebagai jiran kita harus memahami perkara ini agar dapat menjaga hati jiran daripada menyinggung perasaan jiran dalam hal – hal yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan .

Memahami cara hidup jiran
  • Anggota jiran juga mempunyai kesukaan yang berbeza antara satu sama lain. Mungkin terdapat anggota jiran lelaki yang suka menanam pokok bunga
  • Kita harus menghormati kesukaannya tanpa menganggap kesukaan itu tidak sesuai dengan jiran tersebut . Ini kerana setiap anggota jiran mempunyai citarasa yang berbeza

Antara kepentingan semangat kejiranan adalah:
  • Amalan semangat kejiranan dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagai kaum di negara kita.
  • Amalan semangat kejiranan dapat memupuk sikap saling membantu dalam majlis keramaian yang diadakan.
  • Amalan semangat kejiranan dapat membentuk semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.
  • Semangat kejiranan dapat membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara .

 Aktiviti Kejiranan

Bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat, langkah-langkah yang wajar hendaklah dambil.

Antara contoh aktiviti kejiranan adalah:

1. Mengadakan aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.

-melalui aktiviti ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
2. Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan.

- majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
3. Mengadakan aktiviti Hari Keluarga seperti mengadakan aktiviti sukaneka dan acara sukan padang.

- menjalin kemesraan bukan sahaja dengan jiran tetapi juga dapat menguatkan lagi sifat kekeluargaan.
4. mengamalkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat.
5. Saling tolong-menolong antara jiran.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah hargai semangat kejiranan dengan
mengamalkan sikap yang baik untuk menjaga imej masyarakat dan juga negara. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal . Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment