Monday, 17 December 2012

, Nota Tema 6 :Sedia hadapi cabaran



Peribadi Terpuji Disanjung Tinggi

Peribadi membawa maksud jati diri manusia yang baik. Antara ciri-ciri peribadi yang mulia ialah:

  • Sentiasa bersifat baik dan berbaik sangka terhadap sesama manusia. Yang mana ianya akan menghasilkan amalan yang baik juga.
  • Ikhlas kepada Allah di atas setiap amalan yang dikerjakan. Tidak ada sikap takbur, riyak(dalam hati) atau pun menunjuk-nunjuk.
  • Saling bantu membantu dalam kerja-kerja kebajikan. Menghapuskan kemungkaran walau dengan apa cara sekali pun demi kebahagiaan dan keamanan manusia sejagat.
  • Kasih sayang sesama insan. Membantu mereka yang susah dan yang memerlukan bantuan.
  • Ikhlas dalam memberi setiap pertolongan.


Semua orang ingin menjadi baik. Orang yang cemerlang biasanya dilihat berdasarkan peribadinya. Peribadi yang baik bermakna anda mempunyai sifat terpuji seperti benar, amanah dan bijaksana.



Apabila kita mempunyai peribadi yang baik kita akan disanjung tinggi. Rasa harga diri dan penghormatan akan meningkat dan dapat meningkatkan aspek kerohanian dalam diri.

Hasilnya, kita akan yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri.


, Nota Tema 5:Malaysia Negaraku



5.1: Kenali sistem pemerintahan kerajaan Malaysia

      Kerajaan merupakan sebuah institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang mempunyai dua peringkat pentadbiran, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat berkuasa penuh ke atas badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Selain itu, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran(Eksekutif).

  • Parlimen: Badan perundangan yang berperanan menggubal undang-undang.

  • Kabinet: Badan eksekutif yang berperanan merangka dan melaksana dasar-dasar untuk kesejahteraan rakyat.

  • Kerajaan negeri: Bertanggungjawab menjaga hal-hal pentadbiran dalam negeri. Diketuai oleh Sultan atau Raja, atau Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri.

  • Dewan Rakyat: Majlis tertinggi yang menggubal undang-undang.

  • Dewan Negara: Majlis tertinggi yang membahaskan undang-undang yang digubal di Dewan Rakyat.

  • Badan berkanun: Agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi tertentu.

5.1.1: Peranan kerajaan Malaysia dalam pembangunan negara:

Peranan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi

-Pelbagai agensi kerajaan telah ditubuhkan untuk memajukan rakyat, khususnya penduduk luar bandar. Usaha ini adalah penting untuk membantu menambahkan pendapatan rakyat. Antara agensi yang terlibat adalah seperti:

I. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

II. Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

III. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

IV. Majlis Amanah Rakyat(MARA)

, Nota Tema 4 :Kenali budaya malaysia




Masyarakat di Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Seni tari merupakan sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional,tarian dipersembahkan semasa majlis keramaian.Budaya ini wujud sehingga ke hari ini.Walaubagaimanapun,terdapat tarian tradisional yang diubah suai mengikut perkembangan semasa.Tarian biasanya diiringi dengan muzik.Alat-alat muzik terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum.

Keunikan budaya Malaysia juga dapat diketahui melalui pelbagai bahasa dan dialek.Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi.Terdapat pelbagai bahasa di Negara kita seperti Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.Dialek pula wujud apabila sekelompok manusia mengubah suai bahasa mengikut budaya tempatan.Misalnya terdapat pelbagai dialek dalam Bahasa Melayu seperti dialek Kelantan,Kedah dan dialek Negeri Sembilan.Dialek yang ada dalam masyarakt Cina seperti Kantonis,Hokkien,Hakka,Teochew dan Foochow.Kaum India menggunakan bahasa Tamil,Malayalam dan Telegu.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza,namun kita masih boleh hidup dalam keadaan harmoni.Negara kita menjadi teladan kepada Negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk.



JENIS – JENIS TARIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA


Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor.
Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki.
Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.
Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal.



TARIAN ZAPIN





TARIAN MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional.
Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu.
Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.







TARIAN GAMELAN


Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17.
Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.
Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut.
Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.



TARIAN SUMAZAU


Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan.
Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.
Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.

TARIAN NAGA


Sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.
Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.
Orang Cina selalu menyebut “Keturunan Naga” sebagai lambang identiti etnik.
Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.

TARIAN IBAN






Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai.
Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya.
Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

TARIAN KIPAS


Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki.
Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.
Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai “Fung Shui” iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.

TARIAN KATHAK


Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud “seni bercerita” .
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

TARIAN BHARATA NATYAM


Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.
Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.
Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.


, Nota Tema 3 :Hidup bersama di sekolah dan masyarakat


 Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah

Peranan guru dan ibu bapa penting untuk bekerjasama membantu dalam menyesuaikan pelajar dengan keadaan persekitaran sekolah. Interaksi dan komunikasi antara komuniti sekolah juga amat penting bagi memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar.

Antara interaksi dan komunikasi di sekolah adalah:

  • Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sebagai saluran komunikasi dan interaksi antara ibubapa dan pihak sekolah- Melalui perjumpaan / mesyuarat PIBG dengan pihak sekolah.
  • Sekolah – Rumah (Guru-Ibu Bapa)
  • Rumah – Sekolah (Ibu Bapa–Guru)
  • Pelajar- Sekolah (Pelajar-Guru)

Impak Kekurangan Jalinan Komunikasi dan Interaksi

  • Komunikasi yang kurang antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan mengakibatkan kekurangan kerjasama antara kedua belah pihak.
  • Kekurangan komunikasi dan interaksi mengakibatkan permasalahan yang dihadapi oleh kedua belah pihak tidak dapat diselesaikan bersama dan seterusnya menyebabkan kedua belah pihak menyalahkan peranan dan tanggungjawab antara satu sama lain.

 Semangat kejiranan

  • Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita.


  • Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”.

  • Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.



 Hidup berharmoni dengan jiran
  1. Anggota jiran yang tinggal di sesuatu tempat perlu berusaha mewujudkan suasana hidup yang harmoni.
  2. Suasana hidup harmoni ini dapat diwujudkan sekiranya setiap anggota jiran menjalinkan hubungan yang baik.
  3. Hubungan yang baik terjalin jika anggota jiran mengamalkan semangat kejiranan
KlikReadmore...

, Nota Tema 2:Sayangi Keluarga




DEFINISI KELUARGA :


Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,perkahwinan atau pengambilan anak angkat.


Terbahagi kepada dua kategori:

Keluarga Asas : Terdiri daripada Bapa,Ibu dan Anak.





2. Keluarga kembangan : Terdiri daripada keluarga asas,datuk,nenek,ibu saudara,bapa saudara,sepupu dan anggota keluarga yang lain.





TANGGUNGJAWAB AYAH/BAPA :

  • Menjadi ketua keluarga. 
  • Mencari nafkah. 
  • Menyediakan tempat tinggal. 
  • Menyediakan makanan dan minuman. 
  • Menjaga keselamatan anggota keluarga. 
  • Menentukan sebarang keputusan. 
  • Memberikan pendidikan kepada anak-anak. 
  • Memberi kasih-sayang kepada anggota keluarga. 
  • Menjadi contoh yang baik kepada anggota keluarga, 


TANGGUNGJAWAB IBU / EMAK :

  • Menyediakan makanan dan minuman. 
  • Menyediakan keperluan untuk anggota keluarga. 
  • Memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anggota keluarga. 
  • Membantu bapa membuat keputusan yang bijak. 
  • Berjimat cermat dalam perbelanjaan keluarga. 
  • Memastikan keadaan rumah sentiasa bersih. 
  • Mendidik dan mengasuh anak. 
  • Menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. 


TANGGUNGJAWAB sebagai ANAK :
  • Menghormati ibu bapa 
  • Menolong ibu bapa 
  • Menyayangi ibu bapa 
  • Menjaga nama baik keluarga. 
  • Mengadakan hubungan baik dengan anggota keluarga. 
  • Belajar bersungguh-sungguh. 
  • Mendengar nasihat ibu bapa. 
  • Berusaha membahagiakan keluarga.
klikReadmore...

, Nota Tema 1 : Sayangi Diri



BIJAK MENGGUNAKAN MASA

Tips ini bertujuan membantu pelajar mengatur jadual secara efektif.
  • Penjadualan Waktu adalah membuat dan melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan mengutamakan pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain.

Pedoman:

~ Perhatikan masa anda.
~ Fikirkankan bagaimana anda mengguna masa anda.
~ Bilakah anda menghabiskan masa anda dengan sia-sia..
~ Ketahuilah masa yang anda produktif.


Dengan mengetahui bagaimana anda menghabiskan waktu dapat
membantu untuk:
  • Membuat daftar “Tugasan”. Tulislah perkara-perkara yang patut anda lakukan, kemudian tentukan apa yang dilakukan sekarang, apa yang akan dilakukan nanti, apa yang perlu dilakukan oleh orang lain, dan apa yang boleh ditangguh dahulu.


  • Membuat jadual harian/mingguan. Catat temu janji, kelas dan pertemuan pada buku/jadual kronologi. Sentiasa mengetahui jadual untuk tempoh sehari, dan selalu masuk tidur dengan mengetahui anda sudah siap untuk menghadapi hari esok.

  • Merancang jadual yang lebih panjang. Gunakan jadual bulanan supaya anda sentiasa boleh merancang aktiviti anda lebih awal. Jadual ini juga boleh membantu anda merancang waktu lapang anda dengan lebih selesa.

  1. Merancang Jadual Belajar Efektif:
  2. Agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi.
  3. Susun tugas-tugas mengikut keutamaan.
  4. Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau masuk kelas.
  5. Sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas sekolah. Ingatlah bahawa anda mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24 jam.
  6. Jadualkan waktu 50 minit untuk setiap sesi belajar.
  7. Pilih tempat yang selesa (tidak mengganggu penumpuan) untuk belajar.
  8. Rancangkan juga “deadline”.
  9. Jadualkan waktu belajar anda sebanyak mungkin pada pagi/siang/malam.
  10. Jadualkan ulangkaji tajuk pelajaran mingguan.
  11. Hati-hati, jangan sampai dimainkan oleh jadual anda sendiri

PATUHI PERATURAN

Pelajar perlu memahami maksud patuhi peraturan. Terangkan kepada pelajar kelebihan peraturan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
  • Peraturan dibuat untuk memberi kemudahan kepada semua pihak
  • Kita perlu mematuhi peraturan walaupun ianya nampak terlalu remeh
  • Mematuhi peraturan sedikit sebanyak dapat membentuk disiplin diri
  • Peraturan yang dibuat bukan bertujuan menyusahkan kita
  • Malah dengan mematuhi peraturan , sesuatu perkara itu akan diuruskan dengan baik.
Contoh peraturan yang biasa kita patuhi ialah:

a) peraturan menjimat penggunaan air di tandas awam.

b) peraturan tudak membuat bising di perpustakaan

c) peraturan tidak membuang sampah di merata-rata tempat


Sunday, 16 December 2012

, Kenali Perdana Menteri Malaysia





R.A.H.M.A.N

Adik-adik ingat jer kata kunci kat atas ni…kata kunci ni melambangkan ke enam-enam Perdana Menteri Malaysia iaitu :

R : Tunku Abdul Rahman

A : Tun Abdul Razak

H : Tun Hussein Onn

M : Tun Mahathir Mohamad

A : Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi

N : Tun Najib Bin Abdul Razak

Adik-adik kenalah INGAT nama-nama perdana menteri malaysia..mana tahu keluar kat dalam exam kan…

Tengok la video ni..